Hairan Benarkah Haiwan Ini Aneh !

on 19 Dec 2012



Salam Semua,
Hari saya nak berkongsi satu berita yang saya ambil dari sumber : sinarharian.com.my . Sebelum itu baca dulu laporan berita sinar harian ini.
KOTA BHARU- Rupanya seperti seekor udang, namun apabila diperhatikan sebetulnya ia juga mempunyai penyepit dan bentuk seperti ketam, haiwan pelik ini ditemui oleh seorang kaki pancing, Muhammad Zulfadli Muhammad Zahari, 23, ketika memancing di jambatan baru Tok Sadang, Pengkalan Chepa, di sini malam kelmarin.


Menurut Muhammad Zulfadli, dia bersama rakannya, Shahril Razali, 23,  menemui haiwan terbabit ditemui tersangkut pada mata kail pancingnya serta memberanikan diri memegang haiwan itu dan terkejut melihat rupa bentuknya yang unik.

“Sepanjang memancing di kawasan ini, sungai terbabit sememangnya terkenal dengan hasil tangkapan ikan yang dan tidak mempunyai hidupan lain.

“Namun saya amat terkejut apabila menemui haiwan ini yang berkaki lapan yang pada bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Muhammad Zulfadli berkata, buntu dengan keadaan itu, dia mengambil keputusan memelihara haiwan itu yang disimpan dalam balang kecil yang berisi air.

“Setakat ini ayah saya, sudah menghubungi pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies haiwan ini namun sehingga kini mereka masih belum mengetahui spesies haiwan itu.

“Pihak terbabit meminta kami menyimpannya dan akan datang mengambil haiwan terbabit, untuk dijadikan kajian sebelum mengetahui spesiesnya,” katanya.
Dah habis baca berita ini. Adakah anda pernah lihat haiwan ini ? Untuk maklumat haiwan ini memang dah lama wujud. Cuma mungkin pada masa kini haiwan ini semakin pupus dan sangat sukar di jumpai. Di tempat saya iaitu di daerah Asajaya, Samarahan haiwan ini sangat banyak suatu ketika dahulu. Terutama dalam tahun 80-an dan 90-an. 
Di Sarawak terutamanya haiwan ini dinamakan sebagai 'ngoang'. Haiwan ini kebanyakkannya terdapat di kawasan-kawasan pinggir pantai yang tanahnya becak dan kawasan yang mempunyai pokok nipah. 
Kebiasaanya haiwan ini 'ngoang' akan keluar dari lubangnya apabila hari hujan lebat dan berguruh. Dulu di kampung saya haiwan ini dijual dengan harga 10 sen seekor.kalau tak silap saya dalam tahun awal 90-an. Isinya  terutama dibahagian sepit memang sedap. Badannya memang kuarang isi atau tiada isi langsung.
Jika kita biasa makan ketam, isi 'ngoang' lebih sedap daripada ketam. Bahagian ekornya jika ia ialah betina ia mempunyai telur didalamnya. Telurnya memang sedap. Biasanya haiwan ini di masak kicap atau di rebus sahaja. 
Walaupun begitu ada sesetengah tempat di Sarawak haiwan ini tidak di makan. Mungkin mereka ada sebab kenapa tidak makan haiwan ini. 
Mungkin sesetangah orang haiwan ini sangat aneh kerana jarang melihatnya dan mungkin hanya terdapat di kawasan tertentu sahaja. Apa yang saya tahu haiwan ini juga terdapat di Johor dan dikenali sebagai 'Jabot'. Jika diperhatikan dari segi jumlah kaki, cara pernafasan, habitat dan stuktur isi haiwan ini ia lebih hampir dengan spesies ketam yang hidup dua alam.Lihat gambar ketam yang bandingkan.

Dan akhir sekali saya rasa pihak yang berkaitan boleh membuat kajian lebih mendalam lagi dengan haiwan ini 'ngoang' maaf saya tak pasti apa nama saintific dan nama sebenar haiwan ini he..he..he..Pada pendapat saya haiwan ini boleh dijadikan sebagai makanan yang boleh menarik perhatian orang ramai untuk merasa isinya terutama isi bahagian sepit dan telurnya yang sedap. 

Semestinya haiwan ini boleh dikomersialkan dan di jadikan sebagai haiwan yang perlu di pelihara supaya spesiesnya tidak pupus suatu masa nanti.

Apa pendapat anda. Jika di tempat anda juga mempunyai haiwan ini 'ngoang' sila tinggalkan komen dan pendapat anda.





Ranking: 5

{ 15 comments... read them below or add one }

  1. hai anjangman,
    pelik juga haiwan ni, mengingatkan kita kepada besarnya kuasa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu donnyien... itulah tanda kebesaranNya..

      Delete
  2. sememangya aku belum pernah terjumpa haiwan ni
    masa kat sarawak dulu aku kat kawasan pedalaman
    memang jauh dari pantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tehr, kat Sarawak kalau kat pedalaman memang tak ada haiwan ini. Mereka yang tinggal di pedalaman sarawak rasanya ramai juga yang tak kenal haiwan ni. Kecuali yang tinggal di persisiran pantai atau muara-muara sungai yang airnya masin memang ada. Tapi sayang sekarang haiwan ni aku rasa dah hampir pupus.

      Delete
  3. Macam udang. tapi...ehh. ekor lain macam

    ReplyDelete
  4. belum pernah dengar atau tengok lagi makluk Allah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiwan ni mmg susah nak cari sekarang..mungkin dah hampir pupus.

      Delete
  5. Tahun 80-an dulu terutama musim banjir,ngoang akan keluar dan penduduk kpg akan dpt banyak hasil tangkapan.Pernah suatu hari, kami dpt satu besen besar hidangan.Memang sedapppp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cikgu...sampai berguni-guni. Memang sedap. Jual 10 sen seekor jer.

      Delete
  6. DiKg Kami benda ni kami panggil Udang Ketak selalunya di buat ubat penat/lelah dibakar hingga garing dan dimakan "Allahuaklam"

    ReplyDelete
  7. Mcm pernah lihat binatang nie tapi dimanaya ye?

    ReplyDelete
  8. dalam bahasa melanau "mang"...banyak terdapat di pulau bruit daro sarawak....ia akan keluar apabila ada guruh dan hujan yang kuat...mang memang sedap....

    ReplyDelete

 
© Welcome To My Blog All Rights Reserved